Pengenalan



                     

                                PENGUMUMAN RANCANGAN MALAYSIA PERTAMA
        Pada hari ini dalam tahun 1965, Timbalan PerdanaMenteri, Tun Abdul Razak telah mengumumkan pelaksanaan Rancangan Malaysia Pertama, dalam satu siding akhbar di Kuala Lumpur. Beliau telah membentangkan usul mengenai rancangan tersebut di Parlimen pada 15 Disember berikutnya. Rancangan lima tahun itu, untuk tempoh 1966-1970, mempunyai empat matlamat utama:
  • Untuk mempereratkan  integrasi di kalangan rakyat dan seluruh Negara dengan cara melaksanakan satu rancangan pembangunan yang tegas khusus bagi kebaikan semua golongan.
  • Untuk meningkatkan pendapatan dan penggunaan sumber bagi seluruh rakyat dan mereka yang berpendapatan rendah.
  • Untuk member peluang-peluang pekerjaan pada kadar yang boleh menghasilkan jenis kerja yang produktif bagi tenaga buruh dan mengurangkan kadar pengangguran.
  • Untuk mempelbagaikan kegiatan ekonomi di kedua-dua sector iaitu sektor perindustrian dan sektor pertanian supaya dengan itu pergantungan Negara terhadap bijih dan getah dapat dikurangkan.
     Arah baru kegiatan ekonomi yang disarankan oleh Rancangan Malaysia Pertama ialah untuk memajukan eksport khususnya kelapa sawit dan balak. Kedua-dua hasil tersebut mempunyai masa depan  yang cerah di pasaran. Mengenai masalah pengangguran pula rancangan ini mengharapkan dapat memberikan 460 ribu peluang pekerjaan di seluruh negara. Maka dengan ini dijangkakan kadar pengangguran dapat dikurangkan dari enam peratus kepada  lima peratus apabila tempoh rancangan ini berakhir pada tahun 1970. Rancangan ini memberikan kepentingan khusus kepada penduduk luar Bandar dengan tumpuan kepada usaha-usaha meninggikan taraf hidup mereka terutama di bidang ekonomi dan sosial. Sesungguhnya Rancangan  Malaysia Pertama telah banyak membawa kemajuan pesat dan ini amat ketara di kawasan bandar. Usaha-usaha pembangunan seterusnya telah dilanjutkan dalam Rancangan Malaysia Kedua.

No comments:

Post a Comment